Project Wonderful adalah merupakan salah satu projek pengiklanan di mana pengiklan perlu membida untuk mendapatkan ruangan untuk mengiklan di blog anda. Ini merupakan antara salah satu cara menjana pendapatan dengan pengiklanan di blog.
Saya secara tak sengaja melihat shaxx (Papa Bear) membuat review bahawa beliau telah dibayar hasil pengumpulan setiap bidaan yang diterima. jadi secara tak lansung saya mendapat tahu bahawa peluang menjana pendapatan melalui Project Wonderful sememangnya bukan scam.
Bagaimanakah caranya untuk menjana pendapatan melalui Project Wonderful ini?
Semestinya program ini merupakan antara yang termudah dan saya pasti ramai blogger boleh sahaja melakukannya. Apa yang anda perlu buat hanyalah mendaftar di web Project Wonderful dan seterusnya membuat pendaftaran blog anda. Setelah mendaftar anda perlu menunggu sehingga anda menerima email bahawa blog anda di approve oleh admin Project Wonderful.
Sebaik sahaja blog anda approve, anda hanya perlu membuat beberapa lagi perkara seperti, jenis paparan iklan yang anda ingin paparkan, bidaan terendah, nofollow atau dofollow link, dan sebagainya. Semuanya amatlah mudah. Setelah semua selesai, ambil kod yang diperlukan dan letakkan di dalam blog anda. Biar dan tunggu bidaan masuk. Anda boleh memilih untuk auto approve setiap bidaan ataupun sebaliknya.
Saya tiada tips istimewa untuk menjana pendapatan melalui program ini. Cuma apa yang saya pasti adalah traffik ke blog anda akan menentukan bidaan yang anda terima. Untuk permulaan ini, sila letakkan bidaan terendah USD 0.01.
Mantapkan traffik ke blog anda dan saya pasti bidaan akan senantiasa masuk ke blog anda
p/s : Contoh boleh dilihat di bahagian side bar blog ini yang ditulis dengan sponsored.
