Keyword sememangnya memainkan peranan penting dalam SEO. Mengapa? Kerana dengan hanya keyword tersebut, artikel anda mudah dicari di dalam Search Engine seperti Yahoo, Google dan MSN. Sekiranya teknik SEO keyword ini dimanipulasikan oleh anda dengan betul sudah semestinya anda akan dapat menarik trafik secara percuma. Kalau ikutkan kata orang trafik dari search engine adalah berkualiti serta ini memudahkan anda mencari duit secara online.
Ok kita belajar mengenai penggunaan keyword. Pada post yang lepas dan yang lepas, Syam ada memberi komen sambil menanyakan soalan bagaimanakah kita ingin mencari keyword yang sesuai dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. He he he. Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Tetapi disebabkan soalan tersebut, daya pemikiran dan perasaan ingin tahu saya semakin membuak-buak untuk merungkai misteri mengenai keyword ini dan kaitannya dengan SEO.
Apa yang saya dapat simpulkan hasil dari pencarian saya adalah sebelum kita menggunakan sesuatu keyword dalam blog atau web kita, adalah wajib kita memilih keyword berdasarkan kepada niche kita. Niche adalah bermaksud kepada pengkhususan blog atau laman web kita. Contoh blog atau web kita adalah mengenai komputer. Carilah keyword yang lebih spesifik seperti software penjagaan computer, upgrade computer, dan lain-lain lagi. Ini hanya idea yang terdapat di dalam otak saya sekarang. Kalau anda ingin guna anda dipersilakan. Hehehehe. Anda fikirkan beberapa keyword lain yang berkaitan. Contoh lain yang saya boleh bagi adalah seperti weight loss program, how to lose weight, how to be slim, dan macam-macam lagi. Kesilapan dalam pengunaan keyword akan mengakibatkan anda tidak akan mendapat result yang diingini.
Okay sekarang keyword yang kita target dah ada. Sekarang apa yang perlu kita lihat adalah berapa banyak pencarian berdasarkan keyword tersebut. Ini boleh dicari dengan menggunakan pelbagai jenis tools yang percuma yang boleh didapati dalam internet.








