Apakah Do Follow blog? Apakah No Follow blog? Apakah perbezaan di antara No Follow dan Do Follow blog ini? Sudah semestinya banyak persoalan bermain di fikiran di kalangan pembaca blog taukey.com ini. Saya secara peribadinya pun mempunyai banyak persoalan mengenai perkara ini dahulunya. Sekarang saya hanya nak kongsi bersama pembaca blog ini mengenai perkara yang saya tahu mengenai Do Follow dan No Follow dalam bahasa yang mudah saya fahami dan senang saya huraikan. Harapan saya supaya anda semua dapat faham sepertimana saya memahaminya.
Do Follow adalah satu rule di dalam blog anda yang memberikan “google juice” ataupun backlink yang mana ia mampu menaikkan PR sesuatu blog dan seterusnya menguasai search engine. Ini boleh terjadi apabila spider google merayap ke blog anda dan menjumpai link tersebut dan seterusnya mengikuti link tersebut. Dan akhir sekali spider tersebut akan mengambil kira link anda tersebut dan ini memberikan “aura” kepada link anda dan sekaligus mampu menaikkan PR blog anda. Dahulu kalanya, kesemua blog wordpress memang menggunakan rule Do Follow ini. Tetapi akibat spammers yang tidak bertanggungjawab yang hanya inginkan tidak lain dan tidak bukan sedikit backlink dari blog anda, akhirnya wordpress telah mencipta blognya secara default sebagai No Follow. Ini mungkin terjadi akibat dari ramai pengguna complain.
Sejurus No Follow dibuat secara default, ramai juga orang bergembira kerana spammers punya link tak diendahkan oleh spider dan seterusnya mereka tidak akan menerima backlink. Tapi persoalannya, bagaimanakah dengan pembaca blog kita yang sememangnya memerlukan backlink dan kita tak mampu nak bantu mereka ini. Bagaimanakah kita ingin memberikan reward kepada pembaca kita selain dari memberikan mereka post-post yang menarik? Selain itu, blog No Follow ini kadang-kadang tidak akan dikomen kerana tidak memberikan mereka faedah dari segi backlink. Tapi banyak juga blog yang menggunakan No Follow ini menerima komen. Ini bergantung kepada tahap blog anda itu sendiri.
Untuk persoalan sebegitu, kita tak perlu takut dengan spammer sekarang. Dengan kewujudan Spam Karma dan akismet kita sudah tak perlu takut dengan spammers. Sememangnya akan kena detect dan seterusnya dibuang oleh plugins tersebut. Jadi dengan mudahnya kita boleh membuang rule No Follow tersebut.
Ada yang bertanya bagaimanakah ingin membuat Do Follow blog ini? Anda boleh tahu dengan melayari blog ini.
p/s : Segala yang ditulis di atas adalah atas pemahaman dan pencarian saya sendiri. Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau sebagainya diharap dapat memberitahu dengan awal nya.








