Entah sekarang saya berada dalam keadaan tidak siuman (bukan gila lah tapi marah wakakakaka) dan saya ingin menyimpulkan bahawa WANGMATRIX.NET adalah PROGRAM YANG MENIPU DAN SCAM. Bagaimana hendak memperoleh pendapatan RM9,000.00 hingga RM 15,000.00 sebulan dengan hanya menghantara email? Kalau betul, saya pun ingin berhenti kerja saya sekarang dan bekerja dengan program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Mungkin ada diantara anda mengatakan saya hanya membuang masa dengan menulis begini tetapi termaktub di dalam hati saya untuk menghentikan program sebegini. Dalam masa yang sama, salah seorang saudara yang saya sayangi hampir terjerumus ke kancah penipuan sebegini. Mengapa saya katakan dia terjerumus? Kerana dia pun terpaksa menipu orang lain untuk memperolehi kembali modal sebanyak RM50.00 dan seterusnya memperoleh wang tidak tumpah seperti mencuri dan merompak dari orang lain.
Biar saya dedahkan whois untuk program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Registrant:
SUCCESS MILION
Million Money (
)
Kinarut Lama
Papar
Sabah,89608
MY
Tel. +013.8822001
Creation Date: 30-Sep-2007
Expiration Date: 30-Sep-2008
Hoi pengecut. Kenapa tak berani hendak letak nama sendiri? Nombor telefon pun tidak boleh dihubungi. Saya hendak bawa anda pergi minum kat coffee house Hotel 5 Bintang. All you can eat dude.
Modus Operandi Program Penipu WangMatrix.net
- Anda Daftar dan Bayar RM50.00
- Cari orang join dengan menghantar email kepada kawan kawan.
- Mereka join dapat komisen, mereka tak join tak dapat duit.
Mana pergi hantar email sahaja dapat duit? Bangang betul.
Read more..

Sepanjang minggu yang lalu, saya telah merancang untuk membuat banyak bloghopping ke mana-mana blog atau forum yang mampu memberikan pengajaran tentang SEO. Rata-rata kita sebagai pengguna internet untuk membuat duit secara online sememangnya tidak boleh memandang rendah terhadap faktor ini. Trafik yang datang dari Search Engine sememangnya merupakan antara trafik yang paling berkualiti sekali. Jadi sebab itulah saya ingin mempelajari dan mendalami ilmu yang sedia ada mengenai search engine sebelum saya meneruskan fasa kedua perancangan dalam membuat duit secara online.
Tapi perkara tersebut terpaksa tergendala sebentar. “Hujan” telah melanda dan tak berhenti mencurah keluar dari hidung. Sekarang saya cuma mampu merehatkan diri dan menunggu ubat yang diambil memberikan kesan sampingannya dan saya mungkin akan terus tidur.
Diharap selepas bangun nanti saya mampu mengejar kembali perancangan yang telah dilakukan tadi.
Tadi pun saya sedang mencuba untuk verufi blog saya di mybloglog. Tapi nampak gayanya gagal dan ditambah dengan gangguan “hujan” membuatkan saya tidak mampu menjelajah dengan lebih jauh buat masa sekarang.
Dalam seminggu dua ini sudah semestinya anda perasaan theme blog saya kerap berubah. Jiwa dan perasaan saya mengatakan saya masih belum menjumpai theme blog yang sesuai dengan jiwa saya pada masa itu. Setelah beberapa kali mencuba dan mengedit theme blog yang dijumpai akhirnya saya menjumpai theme biru hitam ini. Ini pun selepas dinasihati oleh saudara Rohaizad untuk mencari theme kat blog eches.
Mungkin selepas ini, saya tidak akan menukar theme lagi dan cuba untuk memberi perhatian penuh kepada theme ini dan berusaha untuk mengemaskan lagi susun atur iklan. Thank you Saudara Rohaizad atas nasihat serta eches yang menghasilkan theme ini. Selepas ini, bolehlah saya memberikan konsentrasi penuh untuk membuat duit secara online.
Salam sukses buat masa sekarang sebab perut dah lapar.
p/s : Maaf sekiranya anda pening melihat theme blog saya kerap berubah.

Siapakah Titan? Siapakah Titanium Hijau? Siapakah Admin Earncent.com? Saya sendiri pun kurang mengenali secara mendalam cuma mendengar dari percakapan orang lain mengenainya dan semuanya pujian sahaja yang didengari. Jom kita kenal dulu siapakah Titan dan perkara berkenaan beliau.
Titanium Hijau atau nama manjanya Titan dan nama sebenarnya Ahmad adalah seorang berkelulusan dalam jurusan Geology dari Univeristi di Sabah. Umur dia pun saya tak tahu. Kekurangan pengetahuan mengenai diri Titan sebenar mungkin disebabkan saya tidak pernah mengutus email atau chat bersama dengan dia. But he has my highest respect as a fellow IM. Apa yang special tentang Titan adalah mengenai gaya penulisan beliau di dalam blog mahu pun didalam forum. Straight to the point. Kadang-kadang saya sendiri terasa pedas juga sebab apa yang diperkatakan oleh Titan di dalam blog atau forum kadang-kadang berkait dengan saya walaupun dia tidak menuju kepada saya. Mungkin inilah sesi pembelajaran. Kadang-kadang cikgu pun marah kalau kita buat silap betul tak?
Apa yang menarik minat orang untuk terus kembali dan kembali ke blog beliau tanpa gagal dan tanpa merasa bosan?
Ini merupakan soalan yang paling mudah saya jawab. Saya boleh jamin jarang IM lain menulis seperti beliau menulis. Gaya penulisan yang simple tapi direct to the point menarik minat para pembaca kembali ke blog beliau. Satu lagi adalah sebab beliau senantiasa membuat “case study” mengenai program jana wang secara online. Secara tak lansung, newbie yang baru menceburi akan mendapat pengetahuan tambahan mengenai program-program yang boleh dipercayai dan membayar kepada setiap ahlinya. Dalam pada itu juga, amaran juga beliau berikan kepada pengunjung blog beliau sekiranya sesuatu program itu adalah SCAM. So i salute you Titan.
Paling penting sekali adalah contest yang dianjurkan. Setiap bulan sememangnya akan ada pertandingan yang beliau lancarkan dalam blog beliau. Ini menarik minat para pengunjung terutamanya dengan pemberian hadiah yang menarik. Siapa yang tak ingin memenangi hadiah kan?
So bagaimana Titan buat duit selain program jana wang online yang disertai?
Read more..
Saya sendiri akui langkah pertama sememangnya susah, sukar dan payah. Mungkin bagi sesetengah orang apa yang saya katakan hanyalah alasan. Tak kisah apa pendapat orang lain. Semua orang ada pandangan mereka sendiri.
Oleh kerana kehidupan kita kadang-kadang sudah menjadi tabiat atau telah menjadi jadual tetap, sedikit perubahan akan menyebabkan kita tidak berasa selesa. Mungkin sudah menjadi budaya hidup kita. Saya sendiri mengalaminya. Tak perlulah saya ceritakan dengan panjang lebar. Cukup sekadar menceritakan mengenai saya sendiri untuk menjadi renungan kita bersama.
Saya sebelum ini sememangnya berblogging dan menggunakan internet tetapi tidak setegar sekarang. Ada masanya saya akan berhenti dan menonton televisyen. Tetapi akibat dari jadual yang ketat untuk membuat sesuatu dalam internet saya menjadi tidak keruan, merasa masa semakin pendek dan tidak cukup masa untuk melakukan perkara-perkara yang lain.
Sebab sebelum saya betul-betul serius, saya hanyaa membaca ebook yang dibeli dan tidak dipratikkan sangat. Cuma cukup ala kadar sahaja. Sekarang apabila ilmu tersebut sudah terbenam dalam dada terasa ingin dikeluarkan semula. Cukuplah sekadar pulang modal membeli ebook sebagai target jangka pendek dan seterusnya membuktikan ebook berkenaan bagus atau tidak. (Apa-apa pun perkara tersebut tidak akan dihebohkan dan hanya untuk pengetahuan saya sendiri sahaja).
Adakah ini ertinya pengorbanan? Adakah pengorbanan sebegini mampu mengubah kehidupan seseorang? Kita hanya mampu melihat, berusaha dan berdoa sahaja.
-end-