Tepat jam 8.30pm semalam, saya menerima mesej dari seorang mat salleh yang ingin mengupah saya sebanyak USD100 (itupun lepas saya cakap itu upah saya). Kerja yang dibuat hanyalah mudah dan senang. Orang yang tidak tahu menahu tentang dunia komputer pun boleh sahaja membuat tugasan tersebut. Cuma iklankan produk dia di freemarket.my. Antara sebab dia tak boleh nak iklan di situ adalah sebab dia tiada nombor telefon bimbit malaysia. Perlu membuat pengesahan dengan nombor pin yang dihantar ke telefon bimbit.
Jadi dia yang sememangnya telah lama berada dalam senarai yahoo messenger saya terus menghubungi saya dan memohon bantuan. Rasa takut pun ada sebab takut dia scammer dan nombor telefon saya akan dicop nanti. Rasa tamak pun ada sebab tu minta USD100 sebagai upah. Jadi saya cuba la untuk melihat web tersebut dan tertera di situ tak perlu pendaftaran dan sebagainya. Hati pun berasa lega sebab tidak perlu membuat apa apa walaupun tidak mendapat ganjaran USD100 tersebut. Sememangnya boleh sahaja menipu. Tapi duit tu akan jadi duit haram.
Dengan itu, saya pun menasihati mat salleh tersebut mengenai penemuan saya dan menasihati dia untuk membuat laman web jualan sendiri. Kalau tak silap saya dari 3 bulan lepas dia berkata masih dalam pembinaan sehinggalah sekarang. Bertambah pelik lagi dia nak upah saya jadi wakil jualan dia di Malaysia. Hmm upad dia 10 percent dari segala jualan yang saya buat. Barang-barang yang dijual merangkumi barangan elektronik dan elektrik seperti gitar elektrik, telefon bimbit dan sebagainya.
Mat Salleh ni dari dahulu lagi nak mengupah saya tapi atas sebab ketidakpercayaan saya sering menolak segala tawaran yang dia kemukan biarpun lumayan mana sekalipun. Kalau difikirkan bukan ke lebih baik dia jual di ebay, atau membuat laman web sendiri atau paling paling pun jual di Commision Junction. Lebih mudah dan lebih senang. Alasan yang dia beritahu adalah dia pernah tertipu kerana pernah menerima cek palsu. Apakah bodohnya Mat Salleh tu. Saya pun kata kenapa tak periksa dengan bank dahulu cek tersebut sebelum menghantar barangan? Dia tanpa segan silu mengubah topik perbualan.
So untuk menghindari diri dari dia, saya memohon bayaran terlebih dahulu sebelum membuat kerja. Bincang punya bincang akhirnya dia pun hilang begitu sahaja. Saya anggarkan bahawa bulan depan dia akan kembali mencari saya. Oh Mat Salleh………
Entah sekarang saya berada dalam keadaan tidak siuman (bukan gila lah tapi marah wakakakaka) dan saya ingin menyimpulkan bahawa WANGMATRIX.NET adalah PROGRAM YANG MENIPU DAN SCAM. Bagaimana hendak memperoleh pendapatan RM9,000.00 hingga RM 15,000.00 sebulan dengan hanya menghantara email? Kalau betul, saya pun ingin berhenti kerja saya sekarang dan bekerja dengan program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Mungkin ada diantara anda mengatakan saya hanya membuang masa dengan menulis begini tetapi termaktub di dalam hati saya untuk menghentikan program sebegini. Dalam masa yang sama, salah seorang saudara yang saya sayangi hampir terjerumus ke kancah penipuan sebegini. Mengapa saya katakan dia terjerumus? Kerana dia pun terpaksa menipu orang lain untuk memperolehi kembali modal sebanyak RM50.00 dan seterusnya memperoleh wang tidak tumpah seperti mencuri dan merompak dari orang lain.
Biar saya dedahkan whois untuk program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Registrant:
SUCCESS MILION
Million Money (
)
Kinarut Lama
Papar
Sabah,89608
MY
Tel. +013.8822001
Creation Date: 30-Sep-2007
Expiration Date: 30-Sep-2008
Hoi pengecut. Kenapa tak berani hendak letak nama sendiri? Nombor telefon pun tidak boleh dihubungi. Saya hendak bawa anda pergi minum kat coffee house Hotel 5 Bintang. All you can eat dude.
Modus Operandi Program Penipu WangMatrix.net
- Anda Daftar dan Bayar RM50.00
- Cari orang join dengan menghantar email kepada kawan kawan.
- Mereka join dapat komisen, mereka tak join tak dapat duit.
Mana pergi hantar email sahaja dapat duit? Bangang betul.
Read more..

Sepanjang minggu yang lalu, saya telah merancang untuk membuat banyak bloghopping ke mana-mana blog atau forum yang mampu memberikan pengajaran tentang SEO. Rata-rata kita sebagai pengguna internet untuk membuat duit secara online sememangnya tidak boleh memandang rendah terhadap faktor ini. Trafik yang datang dari Search Engine sememangnya merupakan antara trafik yang paling berkualiti sekali. Jadi sebab itulah saya ingin mempelajari dan mendalami ilmu yang sedia ada mengenai search engine sebelum saya meneruskan fasa kedua perancangan dalam membuat duit secara online.
Tapi perkara tersebut terpaksa tergendala sebentar. “Hujan” telah melanda dan tak berhenti mencurah keluar dari hidung. Sekarang saya cuma mampu merehatkan diri dan menunggu ubat yang diambil memberikan kesan sampingannya dan saya mungkin akan terus tidur.
Diharap selepas bangun nanti saya mampu mengejar kembali perancangan yang telah dilakukan tadi.
Tadi pun saya sedang mencuba untuk verufi blog saya di mybloglog. Tapi nampak gayanya gagal dan ditambah dengan gangguan “hujan” membuatkan saya tidak mampu menjelajah dengan lebih jauh buat masa sekarang.
Dalam seminggu dua ini sudah semestinya anda perasaan theme blog saya kerap berubah. Jiwa dan perasaan saya mengatakan saya masih belum menjumpai theme blog yang sesuai dengan jiwa saya pada masa itu. Setelah beberapa kali mencuba dan mengedit theme blog yang dijumpai akhirnya saya menjumpai theme biru hitam ini. Ini pun selepas dinasihati oleh saudara Rohaizad untuk mencari theme kat blog eches.
Mungkin selepas ini, saya tidak akan menukar theme lagi dan cuba untuk memberi perhatian penuh kepada theme ini dan berusaha untuk mengemaskan lagi susun atur iklan. Thank you Saudara Rohaizad atas nasihat serta eches yang menghasilkan theme ini. Selepas ini, bolehlah saya memberikan konsentrasi penuh untuk membuat duit secara online.
Salam sukses buat masa sekarang sebab perut dah lapar.
p/s : Maaf sekiranya anda pening melihat theme blog saya kerap berubah.