Taukey Dot Com

...Fenomena Ajaib Dunia

Yahooo Kena Tag

Ditulis Oleh taukey Pada May 4th, 2008 Dan Dibaca Oleh Orang

Ha Ha Ha nampak macam gembira kan? Sebenarnya ada sedikit rasa teruja kerana kena tag. Ini boleh dikatakan tag pertama untuk blog ini yang secara kasarnya baru berumur hampir sebulan sahaja. Tak disangka-sangka blog ini pun terkena tag jugak. Terima kasih kepada tag Ninja Turtle dan tahniah kerana jadi orang yang pertama menge’tag’ blog ini. Sebelum saya mulakan biarlah saya menyenaraikan syarat-yarat yang wajib dipatuhi. Berikut adalah syarat-syaratnya.

1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la :P Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.

2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… :D

3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… :P

Saya sebenarnya tak tahu mengapa Anime berkenaan menjadi kegemaran saya tetapi memang tengok dari mula sampai habis. Tak ada yang miss lagi kecuali manga sahaja yang tak dibaca. Oleh itu biar saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai anime ini.

Ia mengisahkan mengenai sekumpulan pemain bola keranjang peringkat sekolah yang sering kalah dan tak pernah masuk ke peringkat akhir liga bola keranjang. Sehinggalah kemunculan beberapa orang yang tidak tahu erti penat lelah, putus asa dan dorongan serta motivasi yang kuat akhirnya menyebabkan mereka berjaya ke peringkat akhir. Begitulah kita sepatutnya dalam menjalankan kehidupan seharian dan sekaligus dalam menjalankan perniagaan internet. Kalau dilihat pada watak berambut merah atau dikenali Hanamichi , dia baru sahaja bermain bola keranjang tetapi disebabkan keazaman dan dorongan untuk menambat hati adik perempuan ketua pasukan dia pun menyertai pasukan tersebut dan menjadi seorang yang penting terutamanya dalam mengambil bola ‘rebound’.

Ya, tak kira apa keazaman serta motivasi anda samada untuk teman wanita, isteri, anak, ataupun diri sendiri yang pasti itulah yang dapat meningkatkan semangat kita di masa kejatuhan.

Sekarang aku perlu pass tag ini kepada kawan-kawan blogger yang lain. Bersedialah untuk kena tag.

1. Framestone – seorang kaki bangku main bola he he he :P

2. Starline – Sedang menyambut ulangtahun kelahirannya. Ini tag sempena
kelahiran bro.

3. Acop – Banyak memberikan tips Komputer dan Pakar Gitar

4. Mohd Amirol – Otai yang paling ramah dan dihormati saya. Banyak
membantu dalam hal produk beliau

5. Din Beramboi – Peramah dan senang diajak berbicara.

Itulah kawan yang kena tag. Kalau nak jawab, jawablah. Kalau tidak pun tidak kisah sebenarnya. He He He. Happy Weekend semua…

Popularity: 2% [?]

Anda Mesti Minat Artikel Ini Juga

19 Org telah Berinteraksi ↓ Org Lagi Tengok Jak Kah?? Jom La Join Sama....

  1. starline says:

    Salam Taukey,

    Lorr..kena Tag rupanya.Thanks wish kelahiran tu.Nanti saya post crita saya lak.

    Thanks bro…

  2. Din Beramboi says:

    Hahaha..aku pun kena lg. Masuk ni dah 3 org iaitu emme sendiri, Titan n Taukey..hehe. Ramainya kwn baik aku ni..nanti aku jwb aa.

    Tq. :D

  3. framestone says:

    arggghhhh aku kne tag l aplk..dh la org yg 1st sekali tue…yg xthan status die plk tue… wei au xgngu idup ko..ko plk dok nk purak purandakan blog aku…tgu aku reply tag yg best nie….

  4. taukey says:

    Starline—> he he he post la cerita nanti aku abca erk…hehehe

    Din Beramboi—> glamer betul engko erk din…ramai yang tag engko…hehehe

    Framestone—> hehehehe…..kesukaan aku tu memporak peranda hidup engko yang senantiasa sibuk hehe :P

  5. zool says:

    Sakuragi Hanamichi ye…
    Aku dulu suka gak tgk anime ni.. ada ada terbaca fakta kelakar mengenai Slam Dunk ni . kononnya memang berkisarkan tentang cerita realiti.
    http://mangatoread.blogspot.com/2008/02/slam-dunk-review.html
    betol atau kelentong ..lu pk lah sendiri

  6. dauz says:

    hahaha…musim mentag bermula lagi..adoi…naya nie..nasib baik aku dapat dua tag aje..heehee

  7. taukey says:

    hahahaha yeker zool?? kisah benar ke? hu hu hu kesian erk dia meninggal dunia kerana eksiden…

    zaman tag ini takkan habis sebab tujuan utk back link. he he he

  8. nasruN says:

    Wah.. meriahnyer tag-mengetag. hehe.. Kena tag tu camner?

  9. nasruN says:

    da lame x tgk slamdunk.. Zaman sekolah-sekolah dulu tu.. Sekarang layan onepiece n naruto. hehe

  10. taukey says:

    hehehe…….memang meriah pun…kena tag tu blh lihat contoh di atas tu. Kira kena reply lah tag tu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk makluman nasrun, tag mengetag ni salah satu cara yg baik utk dapat backlink. Backlink ni dapat meningkat kan PR blog kita. hehehehe.

    saja nak letak slam dunk sebab rasanya majoriti akan jawab naruto dan bleach. nak lain sikit . hehehehe

  11. nasrun says:

    Owh..bagus jgak ye benda tu…. Selamat mengetag yer.. hehe

  12. taukey says:

    hehehehe…kalau ada lagi nanti aku tag blog engko pulak…hehe

  13. nasrun says:

    Hehe.. Boleh jugak Taukey.. Tapi saya baru lagi dalam dunia ni.. :-)

  14. taukey says:

    hahahaha….saya sendiri pon amsih lagi baru……yang penting kena rajin lawat blog orang-orang lama sebab kekadang mereka akan beri tips yang baik2 belaka

  15. nasrun says:

    Tapi blog taukey da macam orang lame.. Great…

  16. [...] sesuai).Blog Anjung PC tidak terlepas kena TAG: Watak Kartun Kegemaran.Kali ini kena TAG dengan Taukey.Taukey apa? Kaya [...]

  17. reen says:

    tag mengetag membawa bahagia..hehehe..

  18. taukey says:

    hahaha….memang bahagia….merapatkan hubungan antara satu sama lain….dgn otai otai lain hehehe…

  19. taukey says:

    hahahha nasrun….rupa boleh mengelirukan…hehehe…saya masih byk blm belajar

  20. framestone says:

    he…23x tgu mlm nie….tag ko akan ku jwb jugak huhu

Sila Tinggalkan Komen Anda





CommentLuv Enabled

1 Trackbacks / Pingbacks

  1. Anjung PC dot Com » TAG : Watak Kartun Kegemaran